Thursday, October 16, 2014

PERHIMPUNAN BULANAN PPD KMY 2014

13 OKTOBER 2014 (KHAMIS)

Hari ini diadakan Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan. Majlis dimulakan dengan menyambut ketibaan Tuan PPD dan TImbalan PPD masuk ke Dewan Kayangan.

Majlis dipengerusikan oleh En. Amran dan bagi memberkati majlis bacaan doa disampaikan oleh Tuan Hj Jamaluddin Bin Said, Penolong PPD J-Qaf. Seterusnya majlis diteruskan dengan Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam dengan tajuk Aidil Adha.

Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan PPD KMY iaitu Tuan Haji Badrunsham Bin Dahalan@Omar yang menyampaikan ucapan dengan penuh peringatan.

Diakhir majlis, Tuan PPD sudi menyampaikan hadiah untuk pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan oktober.






Sambutan Hari Lahir Bulan Oktober

Ust Jamaluddin turu menerima hadiah dari Tuan PPD KMY

No comments:

Post a Comment