Thursday, October 8, 2015

PENILAIAN SURAU IMARAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

7 Oktober 2015 (Rabu)

Pada hari Rabu yang lalu telah berjalan Penilaian Surau Imarah Peringkat Kebangsaan. Pada hari ini para pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pegawai yang terlibat ialah Tuan Haji Mohd Hamidi Bin Zakaria dan Us Mohd Zulhilimi Bin Haron daripada Unit Dakwah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Penilaian hari ini melibatkan SR Islam Al-Ihsaniah yang mewakili Negeri Kedah dan Daerah Kuala Muda/Yan dalam kategori Surau Imarah Sekolah Rendah.


Sunday, October 4, 2015

PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER 2015 PPD KMY

30 September 2015

Perhimpunan bulanan September 2015 dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Kuala Muda/Yan yang diterajui oleh Tn Hj Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam, Ppd Kmy dan dibantu oleh Ust. Noorismail Hj Omar dan Tn Hj Jamaluddin Bin Said bersama JK Perhimpunan Bulan September 2015. Perhimpunan ini juga diserikan dengan Bicara Ilmu oleh Ust Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub.

Pendaftaran Jemputan










Monday, September 21, 2015

Sunday, September 20, 2015

KURSUS PEMANTAPAN PDP ALQURAN DAN BAHASA ARAB KAFA INTEGRASI 2015

21 September 2015

Kursus ini dijalankan di PPD Kuala Muda /Yan melibatkan seramai 135 orang guru kafa daerah kuala muda. Pegawai SPI yang terlibat ialah Ust Abd Somad dan Ust Ibrahim dari unit Pipa Sektor Pendidikan Islam.

Ust Ibrahim menyampaikan kata aluan


Peserta Guru KAFA

Perasmian Penutup kursus oleh Tuan Hj Ismail Bin Yahaya
Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Tuan Haji Ismaim Bin Yahaya

Wednesday, September 16, 2015

IHTIFAL J-QAF PERINGKAT NEGERI KEDAH 2015


17 September 2015

Hari ini berlangsung Ihtifal jqaf Peringkat Negeri Kedah 2015 di SK Taman Bersatu. Sebanyak 8 daerah bertanding mengikut kategori Tilawah lelaki dan perempuan, hiwar, kalam jamaie dan dikir barat.
Peserta dari Sk Haji Hussin Dol, Adik Rabiatul menjadi peserta pertama dalam acara tilawah perempuan
Rabiatul dari Sk Haji Hussin Dol sedang memperdengarkan bacaannya

Tilawah lelaki

Adik Muhammad Faiz dari Sk Batu Empat menperdengarkan bacaannya

Peserta Hiwar daripada Sk Sungai Pasir

Para Penyelaras Hakim

Para Penyelaras dan Pegawai UPI

Dikir Barat

Dikir Barat Sk Sungai Lalang 

Kalam Jamaie

Kalam Jamaie Sk Teluk Wang

Ketibaan Tetamu VIP

Ketibaan Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah
Keputusan Pertandingan

1. Tilawah Lelaki - Saguhati
2. Tilawah Perempuan - Tempat Ketiga
3. Hiwar - Saguhati
4. Kalam Jamaie - Saguhati
5. Dikir Barat - Saguhati

Sunday, September 13, 2015

Saturday, September 12, 2015

KURSUS PEMBINAAN WEBSITE OLEH SPI, JPN KEDAH

13 September 2015 (Ahad)

Kursus Pembinaan Website Joomla diadakan sebagai persediaan kepada para pegawai SPI dan UPI PPD serta guru yang berpotensi dalam membina website. Fasilitator bagi program ini ialah En. Sufi daripada SMK Permatang Bonglai dan Tuan Haji Azam daripada SPI Kedah. Program ini dijalankan di PKG Tunjang, Kodiang Kedah.








PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS (IPA) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2015


12 September 2015

Pertandingan Kawad kaki Kadet Remaja Sekolah Malaysia (KRS) Institusi Pendidikan Agama (IPA) yang telah diadakan di SMKA Sik. Pertandingan ini melibatkan sekolah SMKA dan SABK Peringkat Negeri Kedah. Sebanyak 16 Pasukan Putera dan 11 Pasukan Puteri telah bertanding. Pertandingan ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 Tgh. Majlis penutup pertandingan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohamad Zaki Bin Husin (Ketua Sektor Pendidkan Islam, JPN kedah). Tahniah kepada pasukan yang berjaya.

TAKLIMAT HAKIM SEBELUM PERTANDINGAN









Pemeriksaan pakaian


Pemeriksaan pakaian

Pertandingan Kawad berlangsung

Pegawai Data Mej Ismail

Hakim bermuzakarah





ketibaan Ketua Sektor KRS Kedah