Thursday, October 16, 2014

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID (KEMPAS) 2014


16 OKTOBER 2014 (KHAMIS)

Assallammualaikum, hari ini bermulalah Kem Pemantapan Sahsiah Murid (Kempas) 2014 yang diadakan di Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dulu merupakan Pusat Serenti Sungai Petani, namun kini tempat ini telah dijadikan pusat latihan yang amat selesa untuk kegunaan para pegawai AADK.

Para peserta tiba pada seawal jam 2.30 petang di Asrama AADK. Pendaftaran dilakukan di Pejabat Asrama AADK. Peserta diagihkan bilik yang selesa.

Selepas itu, peserta bergerak ke Dewan Besar pada jam 4.00 petang untuk taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Pn. Haslina, Pegawai Penyelia bagi program ini. Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas dan perkenalan oleh Ust. Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam, PPD KMY. Selepas itu, majlis diserah kepada Ust Rosman (Achik) untuk meneruskan aktiviti pada hari ini.

Peserta digerakkan ke surau untuk Solat Asar berjemaah. Selepas itu, peserta bergerak ke dewan makan untuk minum petang sebelum bergerak ke padang untuk riadah petang.

Makan malam telah disediakan seawal jam 6.30 petang. Peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam selepas itu mereka bergerak ke surau untuk solat maghrib.

Selepas selesai solat maghrib, tazkirah maghrib disampaikan oleh Ustaz Rosman. Selepas tazkirah peserta bersolat Isya' berjemaah.

Pada jam 9.00 malam peserta bergerak ke Dewan untuk aktiviti pada malam ini iaitu salam perkenalan.

Pendaftaran Peserta




Taklimat di Dewan





Taklimat keselamatan Oleh Pn Haslina (AADK)





Kuliah Maghrib Oleh Achik







Salam Perkenalan






Nyanyian Lagu Hambamu


No comments:

Post a Comment