PROFIL PPD KMY

Piagam Pelanggan 

  1.  Memastikan semua kanak-kanak yang layak, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru berdasarkan Akta Pendidikan 1996. 
  2. Menempatkan guru-guru ke sekolah sebelum persekolahan sesi baru bermula. 
  3. Mencadangkan pengisisan kekosongan jawatan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru Kanan ke Jabatan Pendidikan Negeri supaya kekosongan diisi dengan segera. 
  4. Memastikan keadaan infrastruktur sekolah dalam keadaan kondusif sebelum persekolahan sesi baru bermula. 
  5. Memastikan tahap disiplin sekolah terkawal. 
  6. Memastikan penyertaan menyeluruh dan pencapaian yang cemerlang pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan. 
  7. Memastikan arahan-arahan berkaitan kurikulum dijalankan dengan cekap, teratur dan berkesan. 
  8. Memastikan pentadbiran penilaian/pentaksiran dan peperiksaan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, cekap dan amanah. 
  9. Mengambil tindakan segera ke atas aduan kerosakan fizikal sekolah. 
  10. Merancang, mengurus dan mengagih dengan segera keperluan pelajar, guru dan kakitangan sokongan. 
  11. Bersedia dan sanggup menerima cadangan dan teguran untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan

SEJARAH 

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan merangkumi dua daerah pentadbiran iaitu Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan. Daerah Kuala Muda meliputi kawasan seluas 906.76 km persegi manakala Daerah Yan pula merangkumi kawasan seluas 246.02 km persegi.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan telah diwujudkan pada 1 Januari 1982 dengan menggunakan bangunan lama di Jalan Petani, Sungai Petani dan disokong oleh 13 orang kakitangan.
Kemudian pejabat berpindah ke kawasan SK Sungai Petani, Jalan Sekerat pada 1 November 1982. Seramai 30 orang kakitangan bertugas sepenuh masa di pejabat itu.
Pada 2003 pejabat telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang iaitu di Jalan Badlishah, Sungai Petani bersebelahan dengan SMS Sultan Mohamad Jiwa dan Wisma Ria. Kini jumlah pegawai dan anggota kumpulan sokongan adalah 105 orang.

VISI, MISI, MOTO PPD KMY

Visi:

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Moto:
Kreatif, Inovatif, Cemerlang
Matlamat:

·         Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
·         Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
·         Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

·         Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.



KETERANGAN LOGO
PENGENALAN:
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka bentuk logo PPD dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini mengandungi tiga gabungan unsur yang melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang berfokuskan tanggungjawab dan peranan PPD/PPG di Malaysia.

PENGERTIAN RUPA

Buku dan Kalam : Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama
dalam  melaksanakan pendidikan Negara.

Jalur empat berserta anak panah  :Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum
utama iaitu Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke arah kecemerlangan PPG  mempunyai kesepakatan dalam memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia.

Bulan dan Pecahan 14 Bintang : Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri
di Malaysia dan  agama Islam sebagai agama rasmi.


PENGERTIAN WARNA

Warna Biru Tua ( berjalur empat ) : Setiap warganegara Malaysia seharusnya menanam sikap cinta akan ilmu.

Warna Biru Muda ( rupa buku )     :Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia yang masih muda atau  sejak zaman kanak-kanak lagi.

Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat


PENGERTIAN AKSARA

* PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
* Nama PPD : Diperjelaskan di bawah logo mengikut PPD masing-masing

1 comment: