Tuesday, January 26, 2016

TAHNIAH SURAU SK TASEK APONG......................

27 Januari 2016

Tahniah kepada SK Tasek Apong yang telah diumumkan sebentar tadi dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan Putrajaya telah mendapat tempat ke-3 bagi kategori Musolla Rendah manakala bagi Kategori Surau Sekolah Rendah yang diwakili oleh Sr Islam Al-Ihsaniah mendapat saguhati begitu juga dengan SMK Kota Kuala Muda yang mewakili kategori Surau Sekolah Menengah.

Unit Pendidikan Islam dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan merakamkan jutaan Tahniah di atas kemenengan yang telah dicapai. Semoga kita terus berjaya di tahun akan datang. Tahniah semua. 

PROGRAM KOLABORATIF JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI NEGERI KEDAH BERSAMA PPD KMY 2016

27 Januari 2016 (Rabu)

SELAMAT DATANG KEPADA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI NEGERI KEDAH






Monday, January 25, 2016

TAKLIMAT PROGRAM j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KMY 2016

26 Januari 2016 (Selasa)

Taklimat Program j-Qaf bagi tahun 2016 telah diadakan di Dewan Permata, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kuala Ketil. Seramai 190 orang guru yang terdiri daripada penyelaras j-qaf dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Taklimat ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Ghozali (Penolong Pengarah Kanan j-Qaf) daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Taklimat juga disampaikan oleh Tuan Hj Jamaluddin Bin Said, Pen. PPD j-Qaf, PPD Kuala Muda/Yan yang turut dibantu oleh Us. Noorismail Bin Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda/Yan








TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH KMY 2016

20 Januari 2016 (Rabu)

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Muda/Yan seramai 45 orang ketua panitia telah hadir. Taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat X-Pluss, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan. Taklimat ini turut dihadiri Tuan Haji Mohammad Nor Azam Bin Ahmad (Penolong Pengarah Kanan, Pendidikan Islam Elektif), Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Taklimat dipengerusikan oleh Tuan Hj Azizan Bin Ibrahim, Pen. PPD Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda/Yan.


TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 2016

19 Januari 2016

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Kuala Muda / Yan bagi tahun 2016 telah diadakan di Dewan Seri Kayangan, PPD Kuala Muda/Yan pada jam 2.00 petang. Seramai 108 orang Ketua Panitia telah hadir. Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam, Tuan Hj Jamaluddin Bin Said, Pen. PPD J-Qaf dan Us. Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam.





2015...SELAMAT TINGGAL

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG 2015