Alhamdulillah..selesai sudah majlis berbuka puasa di PPD Kuala Muda /Yan. Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pegawai dan Staf PPD Kuala Muda/Yan. Majlis ini turut dihadiri Tuan PPD dan Tuan Timbalan PPD Kuala Muda/Yan.Program dimulai dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nurul Aswar Bin Nasron dan seterusnya Tahlil oleh Al-Fadhil Ustaz Azizan Bin Ibrahim.
Majlis berbuka puasa menggunakan khidmat catering daripada Tuan Hj Abd Ghani iaitu Al-Barakah Catering. Majlis bersurai sesudah solat terawih berjemaah.Terima kasih kepada semua yang hadir.




No comments:
Post a Comment