Tuesday, September 30, 2014

IHTIFAL JQAF PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

1 Oktober 2014 (Rabu)

Ihtifal Peringkat Negeri Kedah 2014 sedang dijalankan di SK Bukit Tembaga Daerah Padang Terap. Kontinjen setiap Daerah berkumpul di sekolah ini yang terletak di dalam Felda Bukit Tembaga seawal jam 7 pagi.

Hakim yang dilantik terdiri daripada para guru Jqaf yang berpengalaman dan bijaksana. Sekarang ini sedang berlangsung semua pertamdingan iaitu Dikir Barat, Kalam Jamaie, Hiwar dan Tilawah lelaki serta perempuan. Dikir Barat Kmy telah membuat persembahan yang kedua dari SK Teluk Wang. Manakala Kalam Jamaie pula diwakili SK Convent Father Barre yang memegang giliran ke 3. Hiwar daripada SK Nyak Gam pula memegang giliran kelima juga telah membuat penampilan mereka. Tilawah lelaki dan perempuan juga selesai membuat persembahan. Semoga mereka berjaya membawa kejayaan kepada Daerah Kmy terutamanya kepada Ustaz Jamaluddin Saad yang bertungkus lumus memastikan kejayaan pasukan Daerah kmy. Ketua Kontinjen ialah Ustaz Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam PPD KMY.

No comments:

Post a Comment