KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014
Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas
Peperiksaan Science 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan
berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi
telah didapati bocor.
Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas
peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga
Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk
menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan
undang-undang.
Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa
kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang
dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh
baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30
September 2014.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
10 September 2014
No comments:
Post a Comment