Thursday, September 11, 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN BERSAMA TUAN PPD KMY

Alhamdulillah majlis bacaan Yaasin pada petang ini berjalan dengan jayanya. Kehadiran para pegawai amatlah menggalakkan. Khalifah bacaan Yaasin diketuai oleh Tuan Hj Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam. Jamuan pada petang ini disediakan oleh Tuan PPD iaitu Tuan Haji Badrunsham B. Dahalan@Omar.





Wednesday, September 10, 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN PEGAWAI DAN STAF PPD KMY



Majlis Bacaan Yaasin untuk Pegawai dan Staf PPD Kuala Muda / Yan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                 TARIKH    : 11 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS)
                                 MASA        : 3.30 PETANG
                                 TEMPAT    : KAFETARIA PPD KMY (BARU)

Tuan / Puan Pegawai PPD, Timbalan PPD, Penolong-penolong PPD, Penyelia-penyelia PPD, Staf Pelaksana dan semua warga PPD KMY dijemput hadir. Jamuan disediakan. 

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE UPSR 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN 
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian 
Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas 
Peperiksaan Science 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis 
Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian 
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan 
berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi 
telah didapati bocor. 
Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas 
peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga 
Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk 
menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan 
undang-undang.
Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa 
kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang 
dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh 
baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30 
September 2014. 

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
10 September 2014

PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH-SEKOLAH KPM 6 BULAN KEDUA


Tuesday, September 9, 2014

LAWATAN KE KAFA AL-ABRAR TAMAN KELADI

9 September 2014

Lawatan ke Kafa Al-Abrar Taman Keladi dihadiri oleh Ust Hj Abdullah dari SPI Kedah, Ust Hj Azizan Bin Ibrahim, Pen. PPD (Pendidikan Islam) KMY dan Ust Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam.

Kehadiran pegawai SPI dan UPI adalah lawatan ke sekolah Kafa berkenaan. kehadiran disambut oleh semua guru kafa dna timbalan pengerusi Tuan Hj Zulkifli.

Lawatan ini juga dapat mengetahui masalah yang dihadapi guru kafa di Taman ini.

Bergambar bersama Guru Kafa Al-Abrar Taman Keladi