Tuesday, January 26, 2016

Monday, January 25, 2016

TAKLIMAT PROGRAM j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KMY 2016

26 Januari 2016 (Selasa)

Taklimat Program j-Qaf bagi tahun 2016 telah diadakan di Dewan Permata, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kuala Ketil. Seramai 190 orang guru yang terdiri daripada penyelaras j-qaf dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Taklimat ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Zulkifli Bin Ghozali (Penolong Pengarah Kanan j-Qaf) daripada Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Taklimat juga disampaikan oleh Tuan Hj Jamaluddin Bin Said, Pen. PPD j-Qaf, PPD Kuala Muda/Yan yang turut dibantu oleh Us. Noorismail Bin Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda/Yan








TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH KMY 2016

20 Januari 2016 (Rabu)

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Muda/Yan seramai 45 orang ketua panitia telah hadir. Taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat X-Pluss, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan. Taklimat ini turut dihadiri Tuan Haji Mohammad Nor Azam Bin Ahmad (Penolong Pengarah Kanan, Pendidikan Islam Elektif), Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Taklimat dipengerusikan oleh Tuan Hj Azizan Bin Ibrahim, Pen. PPD Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda/Yan.


TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH 2016

19 Januari 2016

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Kuala Muda / Yan bagi tahun 2016 telah diadakan di Dewan Seri Kayangan, PPD Kuala Muda/Yan pada jam 2.00 petang. Seramai 108 orang Ketua Panitia telah hadir. Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam, Tuan Hj Jamaluddin Bin Said, Pen. PPD J-Qaf dan Us. Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam.





2015...SELAMAT TINGGAL

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG 2015






Thursday, October 8, 2015

PENILAIAN SURAU IMARAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

7 Oktober 2015 (Rabu)

Pada hari Rabu yang lalu telah berjalan Penilaian Surau Imarah Peringkat Kebangsaan. Pada hari ini para pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pegawai yang terlibat ialah Tuan Haji Mohd Hamidi Bin Zakaria dan Us Mohd Zulhilimi Bin Haron daripada Unit Dakwah Bahagian Pendidikan Islam, KPM.

Penilaian hari ini melibatkan SR Islam Al-Ihsaniah yang mewakili Negeri Kedah dan Daerah Kuala Muda/Yan dalam kategori Surau Imarah Sekolah Rendah.


Sunday, October 4, 2015

PERHIMPUNAN BULANAN SEPTEMBER 2015 PPD KMY

30 September 2015

Perhimpunan bulanan September 2015 dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Kuala Muda/Yan yang diterajui oleh Tn Hj Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam, Ppd Kmy dan dibantu oleh Ust. Noorismail Hj Omar dan Tn Hj Jamaluddin Bin Said bersama JK Perhimpunan Bulan September 2015. Perhimpunan ini juga diserikan dengan Bicara Ilmu oleh Ust Mohamad Wadi Annuar Bin Ayub.

Pendaftaran Jemputan