Sunday, September 6, 2015

MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA UPSR, PT3 DAN SPM WARGA PPD KMY

6 September 2015 (Ahad)

Warga PPD KMY telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin sempena UPSR, PT3 dan SPM yang akan menjelang tidak lama lagi terutamanya UPSR pada 8 hingga 10 September 2015. Majlis ini turut dihadiri Tuan PPD iaitu Tn Hj Badrunsham Bin Dahalan @ Omar. Bacaan Yaasin ini diketuai oleh Tuan Haji Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam. Semoga anak-anak kita yang mengambil peperiksaan pada tahun ini sihat dan dapat menjawab peperiksaan dengan sempurna. InsyaAllah.






Saturday, September 5, 2015

PERBARISAN DAN PERARAKAN KEMERDEKAAN DAERAH KUALA MUDA 2015

3 September 2015 (Khamis)

Dengan semangat kemerdekaan yang membara, warga PPD KMY yang diterajui oleh Ustaz Noorismail Hj Omar sebagai Ketua Kontinjen telah menyertai perarakan ini yang disertai 25 orang pegawai yang segak berpakaian baju kebangsaan. Tahniah kepada pasukan perarakan ini kerana mendapat tempat kelima.

Bergambar bersama Tuan PPD







Sunday, August 23, 2015

IHTIFAL j-QAF SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KMY 2015


Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan Tahun 2015

22 Ogos 2015 (Sabtu) : Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan telah diadakan di SK Teluk Wang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Seramai 1100 orang murid dan 45 orang hakim yang terlibat dengan Ihtifal ini. Pertandingan ini melibatkan kategori Kalam Jamaie, Dikir Barat, Hiwar dan Tilawah Al-quran. Majlis Perasmian Penutup ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azizan Bin Ibrahim (Penolong PPD Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda/Yan). Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya. Pasukan yang berjaya akan mewakili Daerah Kuala Muda/Yan yang akan diadakan pada 17 September 2015 di SK Taman Bersatu, Alor Setar Kedah.

Pendaftaran Peserta


Kalam Jamaie

Hiwar

Hakim


Peserta menunggu giliran


Dikir Barat

Dikir Barat


Kalam Jamaie

Majlis Penutup









Monday, July 13, 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA PPD KUALA MUDA YAN

IFTAR' JAMAIE PPD KMY


Alhamdulillah..selesai sudah majlis berbuka puasa di PPD Kuala Muda /Yan. Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pegawai dan Staf PPD Kuala Muda/Yan. Majlis ini turut dihadiri Tuan PPD dan Tuan Timbalan PPD Kuala Muda/Yan.
Program dimulai dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Nurul Aswar Bin Nasron dan seterusnya Tahlil oleh Al-Fadhil Ustaz Azizan Bin Ibrahim.
Majlis berbuka puasa menggunakan khidmat catering daripada Tuan Hj Abd Ghani iaitu Al-Barakah Catering. Majlis bersurai sesudah solat terawih berjemaah.

Terima kasih kepada semua yang hadir.





Sunday, June 28, 2015

TAKLIMAT KEM KECEMERLANGAN JAWI PPD KUALA MUDA/YAN 2015

Taklimat KCJ 2015 PPD Kuala Muda /Yan Tahun 2015


Taklimat oleh Tn Hj Zulkifli Bin Hj Ghazali
Penolong Pengarah Kanan J-Qaf, SPI Kedah

Taklimat ini telah diadakan di Pusat Latihan Antidadah Kebangsaan (AADK) Jalan Kuala Ketil bertempat di Dewan Permata.  Kehadiran seramai 180 orang guru sekolah rendah yang melibatkan SK/SJKC Peringkat Daerah Kuala Muda/Yan.

Taklimat ini turut dihadiri Tuan Haji Zulkifli bin Hj Ghazali, Penolong Pengarah Kanan J-Qaf, Sektor Pendidikan Islam bersama dengan dua orang JU iaitu Ustaz Mohd Adeli dan Ustaz Mohd Khair yang hadir untuk menerangkan program yang akan dijalankan.

Pegawai daripada Unit Pendidikan Islam, PPD KMY turut hadir ialah Ust Hj Jamaluddin Bin Said dan Ust Noorismail Bin Hj Omar.