Thursday, October 16, 2014

SALAM PERKENALAN KEMPAS

Aktiviti Kumpulan







Minum Malam

Peserta Perempuan



Minum Malam




Ultimate Success

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID (KEMPAS) 2014


16 OKTOBER 2014 (KHAMIS)

Assallammualaikum, hari ini bermulalah Kem Pemantapan Sahsiah Murid (Kempas) 2014 yang diadakan di Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dulu merupakan Pusat Serenti Sungai Petani, namun kini tempat ini telah dijadikan pusat latihan yang amat selesa untuk kegunaan para pegawai AADK.

Para peserta tiba pada seawal jam 2.30 petang di Asrama AADK. Pendaftaran dilakukan di Pejabat Asrama AADK. Peserta diagihkan bilik yang selesa.

Selepas itu, peserta bergerak ke Dewan Besar pada jam 4.00 petang untuk taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Pn. Haslina, Pegawai Penyelia bagi program ini. Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas dan perkenalan oleh Ust. Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam, PPD KMY. Selepas itu, majlis diserah kepada Ust Rosman (Achik) untuk meneruskan aktiviti pada hari ini.

Peserta digerakkan ke surau untuk Solat Asar berjemaah. Selepas itu, peserta bergerak ke dewan makan untuk minum petang sebelum bergerak ke padang untuk riadah petang.

Makan malam telah disediakan seawal jam 6.30 petang. Peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam selepas itu mereka bergerak ke surau untuk solat maghrib.

Selepas selesai solat maghrib, tazkirah maghrib disampaikan oleh Ustaz Rosman. Selepas tazkirah peserta bersolat Isya' berjemaah.

Pada jam 9.00 malam peserta bergerak ke Dewan untuk aktiviti pada malam ini iaitu salam perkenalan.

Pendaftaran Peserta




Taklimat di Dewan





Taklimat keselamatan Oleh Pn Haslina (AADK)





Kuliah Maghrib Oleh Achik







Salam Perkenalan






Nyanyian Lagu Hambamu


TAKLIMAT KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID (KEMPAS) 2014

14 OKTOBER 2014 (SELASA)

Satu taklimat mengenai Kem Pemantapan Sahsiah telah diadakan di Bilik Imtiaz, PPD Kuala Muda / Yan pada 14 Oktober 2014 (Selasa) pada jam 2.00 petang.

Taklimat ini turut dihadiri urusetia program dan Ustaz Rosman (Achik) dari Ultimate Success yang hadir untuk memberi taklimat tentang perjalanan program pada hari tersebut. Kem Pemantapan Sahsiah ini akan dijalankan pada 16 - 18 Oktober 2014 di Pusat Latihan Agensidadah Kebangsaan, di jalan Kuala Ketil.

Taklimat ini berakhir pada jam 4.30 petang.

Tuan Haji Azizan dan Achik

urusetia KEMPAS





DIALOG PRESTASI PEGAWAI PPD BERSAMA GURU DAN PENTADBIR SMA AKADEMIK HJ ABDULLAH SUBUH

12 OKTOBER 2014 (AHAD)

Beberapa orang pegawai PPD telah diarahkan untuk mengadakan dialog prestasi bersama dengan guru dan pentadbir SMA Akademik Hj Abdullah Subuh. Kehadiran para pegawai PPD adalah untuk membantu pihak sekolah meningkatkan GPS sekolah.

Melalui taklimat ini, pihak sekolah telah memberi taklimat mengenai program intevensi yang dijalankan bagi meningkatkan pencapaian dalam beberapa mata pelajaran yang kurang memberangsangkan dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu.

Banyak saranan daripada pihak PPD bagi membantu para guru untuk meningkatkan prestasi para pelajar untuk membantu menaikkan GPS sekolah ini.

Rombongan PPD diketuai oleh Tuan Haji Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda / Yan dan beberapa orang pegawai turut terlibat.







PERHIMPUNAN BULANAN PPD KMY 2014

13 OKTOBER 2014 (KHAMIS)

Hari ini diadakan Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan. Majlis dimulakan dengan menyambut ketibaan Tuan PPD dan TImbalan PPD masuk ke Dewan Kayangan.

Majlis dipengerusikan oleh En. Amran dan bagi memberkati majlis bacaan doa disampaikan oleh Tuan Hj Jamaluddin Bin Said, Penolong PPD J-Qaf. Seterusnya majlis diteruskan dengan Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam dengan tajuk Aidil Adha.

Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan PPD KMY iaitu Tuan Haji Badrunsham Bin Dahalan@Omar yang menyampaikan ucapan dengan penuh peringatan.

Diakhir majlis, Tuan PPD sudi menyampaikan hadiah untuk pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan oktober.






Sambutan Hari Lahir Bulan Oktober

Ust Jamaluddin turu menerima hadiah dari Tuan PPD KMY

Saturday, October 4, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435H

UNIT PENDIDIKAN ISLAM
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA / YAN
MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2014

SEMOGA PENGORBANAN KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARIPADA ALLAH SWT