Saturday, January 24, 2015

SURAT PERGERAKAN PEGAWAI SEMPENA SAMBUTAN MAULID NABI SAW PERINGKAT KEBANGSAAN 2015



PERHIMPUNAN BULAN JANUARI PPD KMY 2015

22 Januari 2015 (Khamis)

Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari telah diadakan di Dewan Kayangan PPD Kuala Muda / Yan. Unit yang bertanggungjawab dalam perhimpunan ini ialah Unit Pembangunan Kemanusiaan.
Perhimpunan ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu yang dijemput khas bagi meriahkan perhimpunan ini.

Unit Pendidikan Islam turut berperanan dalam menyediakan Ceramah Khas Sempena Maulidur Rasul SAW. UPI telah menjemput Ustaz Murtada Mustafa (Ketua Unit Dakwah Pejabat Agama Kuala Muda, Sungai Petani). Ceramah yang disampaikan sungguh menarik dan mencuit hati para hadirin yang hadir.

Perhimpunan ditamatkan dengan jamuan makan di Kafetaria PPD KMY.



TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON KUALA MUDA 2 TAHUN 2015

21 Januari 2015 (Rabu)

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Zon Kuala Muda 2 telah diadadakan di Bilik Seminar SK Tunku Ismail. Seramai 45 orang Ketua Panitia daripada sekolah yang terlibat telah hadir.

Taklimat ini turut dihadiri Tuan Haji Jamaluddin Bin Said (Penolong PPD J-Qaf) PPD Kuala Muda / Yan dan Ustaz Noorismail Bin Hj Omar (Penyelia Pendidikan Islam) PPD Kuala Muda Yan.

Taklimat ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

Taklimat oleh Tn Hj Jamaluddin Said (Pen. PPD J-Qaf)



Monday, January 19, 2015

TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ZON KUALA MUDA 1 TAHUN 2015

20 Januari 2015 (Selasa)

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Zon Kuala Muda 1 telah diadakan di PKG Gurun pada jam 2.00 petang. Taklimat ini telah dihadiri dua orang pegawai dari Unit Pendidikan Islam, Tuan Haji Jamaluddin Bin Said, Penolong PPD J-Qaf PPD Kuala Muda / Yan dan Ustaz Noorismail Bin Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kuala Muda / Yan.
Seramai 40 orang Ketua Panitia telah hadir taklimat ini.







TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON KUALA MUDA 1 TAHUN 2015


TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON YAN TAHUN 2015

19 Januari 2015 (Isnin) : Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Zon Yan bagi tahun 2015 telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Limau. Seramai 26 orang Ketua Panitia telah hadir.

Taklimat telah disampaikan oleh AF Tuan Haji Ustaz Jamaluddin Bin Said, Penolong PPD J-Qaf Kuala Muda / Yan yang turut serta bersama ialah AF Ust Noorismail Bin Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Kuala Muda / Yan.

Taklimat bersurai pada jam 4.50 petang.







Sunday, January 18, 2015

SISTEM PELAPORAN eMAKDIS

If you have trouble viewing or submitting this form, you can fill it out online.

Sistem Pelaporan eMakdis

Maklumat Sekolah
Powered by Google Forms
This content is neither created nor endorsed by Google.
Report Abuse - Terms of Service - Additional Terms

TAKLIMAT KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ZON YAN 2015

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Zon Yan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh     : 19 Januari 2015 (Isnin)
Masa       : 2.00 Petang
Tempat   : PKG Sungai Limau