Friday, October 31, 2014

LAWATAN PENANDA ARAS PPD KMY KE SM IMTIAZ TERENGGANU





31 OKTOBER 2014 : JUMAAT

     Pada pukul 8 pagi Pegawai dan staf PPD seramai 8 orang termasuk guru-guru pendidikan islam Daerah Kuala Muda / Yan seramai 33 orang telah berkumpul seawal jam 7.30 pagi. Rombongan iji diketuai oleh Tuan Haji Azizan Bin Ibrahim, Penolong Ppd Pendidikan Islam, PPD KMY. Bas yang dipandu oleh En. Jamil daripada Syarikat DCL Travel Sungai Petani bertolak meninggal perkarangan PPD KMY pada jam 8.30 pagi. Kami tiba di Hentian Perah pada jam 10.30 pagi. Kami berhenti rehat selama setengah jam untuk mengisi perut yang sedang lapar.
     Setelah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Batu Melintang untuk solat Jumaat. Kami tiba di sana pada jam 12.50 Tengahari. Alhamdulillah kami dapat menunaikan Solat Jumaat seterusnya menunaikan solat jamaq asar. Kami tiba di Qurata Riverside pada jam 5.00 Petang. Malam ni kami akan ke Rumah En. Husani yang membuat kenduri untuk kontinjen PPD yang hadir ke Terengganu. Kami akan mengadakan kenduri Tahlil untuk ahli keluarga beliau. Biarlah gambar berbicara tentang program kami sepanjang 3 hari 2 malam ini.

Ust Jamaluddin dan Ust Muslan tengah pekena sotong celup tepung



Bersantai di Pantai Menarik pekena sotong celup tepung


Tahlil di rumah En Husni


Sedapnya Cikgu Ahmad Hashim

Ust Azizi Senyum sokmo



Nasi dagang


Di hadapan pintu masuk TTDI


Skuad Bot Kedah




Depan Taman Tamadun Islam

Muzium Negeri

Sunday, October 19, 2014

BENGKEL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SPM BAHASA ARAB

19 OKTOBER 2014 (AHAD)

Pada hari ini diadakan Bengkel Peningkatan Prestasi Akademik SPM Bahasa Arab bagi Daerah Kuala Muda / Yan diadakan di Dewan Permata Latihan Pusat Aadk Sungai Petani.

Peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai bahasa arab. Sekolah yang terlibat adalah SMK Agama Yan, SMA Nadzhah, SMA Pekan Guru, SMA Sg Petani, SMA Fauzi, SMA Hj Abdullah Subuh dan SMK Sungai Layar.

Bengkel ini berakhir pada jam 4.30 petang dan besok hari peserta akan ada sesi kedua di SMK Agama Yan, Kedah.























Saturday, October 18, 2014

HARI TERAKHIR DI AADK....SELAMAT TINGGAL KEM KEMPAS.....

18 OKTOBER 2014 (SABTU)

Hari ini merupakan hari terakhir para peserta Kem Pemantapan Sahsiah (KEMPAS) Daerah Kuala Muda / Yan Tahun 2014 akan meninggalkan Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sungai Petani.

Majlis Penutup pada tengahari ini akan disempurnakan oleh Yg Berusaha Tuan Haji Mahir Bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan (Ketua Unit), Unit Dakwah & Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Pihak jawatankuasa program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Mahir Bin Mohamad yang sudi hadir ke Kem KEMPAS Daerah Kuala Muda / Yan.

Unit Pendidikan Islam juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya pihak Pusat Latihan AADK yang memberi kebenaran kepada pihak UPI PPD untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat latihan ini. Jutaan terima kasih juga kami rakamkan kepada Ust Rosnizam atau dipanggil Achik bersama dengan team Ultimate Success yang mengemudi program sepanjang 3 hari ini dijalankan. Tidak dilupakan kepada semua pegawai UPI PPD KMY dan Urusetia program yang telah banyak bertungkus lumus dalam menjayakan kem ini sehingga berjaya.

Tahniah............................

Sesi perbentangan terakhir





Kumpulan 1 membuat pembentangan







MAJLIS PENUTUP

Ust Saifuddin selaku Kem Komandan 


Ucapan Perasmian oleh Tuan Hj Mahir Mohamad

Ust Ismail selaku pengacara majlis




menjamu selera