Tuesday, September 30, 2014

IHTIFAL JQAF PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

1 Oktober 2014 (Rabu)

Ihtifal Peringkat Negeri Kedah 2014 sedang dijalankan di SK Bukit Tembaga Daerah Padang Terap. Kontinjen setiap Daerah berkumpul di sekolah ini yang terletak di dalam Felda Bukit Tembaga seawal jam 7 pagi.

Hakim yang dilantik terdiri daripada para guru Jqaf yang berpengalaman dan bijaksana. Sekarang ini sedang berlangsung semua pertamdingan iaitu Dikir Barat, Kalam Jamaie, Hiwar dan Tilawah lelaki serta perempuan. Dikir Barat Kmy telah membuat persembahan yang kedua dari SK Teluk Wang. Manakala Kalam Jamaie pula diwakili SK Convent Father Barre yang memegang giliran ke 3. Hiwar daripada SK Nyak Gam pula memegang giliran kelima juga telah membuat penampilan mereka. Tilawah lelaki dan perempuan juga selesai membuat persembahan. Semoga mereka berjaya membawa kejayaan kepada Daerah Kmy terutamanya kepada Ustaz Jamaluddin Saad yang bertungkus lumus memastikan kejayaan pasukan Daerah kmy. Ketua Kontinjen ialah Ustaz Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam PPD KMY.

Saturday, September 27, 2014

MESYUARAT KEM PEMURNIAN SAHSIAH (SJKC) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

28 SEPTEMBER 2014 (AHAD) :

     Mesyuarat Kem Pemurnian Sahsiah Murid-murid Islam SJKC Tahun 2014 di Bilik Imtiaz, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan 2014.

   
                 Tarikh           :   28 September 2014
                 Masa              :   10.00 Pagi
                 Tempat          :   Bilik Mesyuarat PPD Kuala Muda / Yan 

      Agenda Mesyuarat :

  1.        Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
  2.        Pembentangan Cadangan Program "Kem Pemurnian Sahsiah"
  3.        Pelajar Islam SJKC
  4.        Program Pengimarahan Surau 2015
  5.        Hal-hal Lain. 



PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS INSTITUT INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA (IPA) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2014

27 SEPTEMBER (SABTU) :

     Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Malaysia (KRS), Institusi Pendidikan Agama (IPA) telah diadakan di Padang Kejat SMK Agama Yan. Pendaftaran pertandingan bermula seawal jam 8.00 pagi di Kantin SMK Agama Yan.

     Hakim Pertandingan adalah pegawai Sekretariat KRS Negeri Kedah yang diketuai oleh Mejar (KRS) Amrimi Othman selaku Pegawai Tadbir KRS Negeri Kedah. Hakim seramai 25 orang telah diagihkan kepada 2 gelanggang. Hakim data diketuai oleh Mejar (KRS) Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Kuala Muda Yan.

     Pertandingan bermula jam 10 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.00 tengahari. Para peserta berehat dan menunaikan solat zuhur sebelum Majlis penutup diadakan.

     Majlis penutup pertandingan Kawad Kaki KRS IPA dihadiri oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Tn Haji Mohd Zaki Bin Husin.

    Pertandingan pada hari ini berjalan dengan lancar dan majlis penutup berjaya disempurnakan dengan jayanya. Tahniah kepada SMK Agama Yan yang berjaya menjadi Johan dalam kategori Puteri dan SMA Saadah Sg Limau yang berjaya menjadi Johan Kategori Lelaki.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KRS IPA 2014

    Tahniah kepada semua pemenang dan urusetia yang terlibat dalam pertandingan yang telah dijalankan ini.
Tetamu Kehormat










TAHNIAH....PEMENANG IHTIFAL J-QAF PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA / YAN 2014

SABTU , 27 SEPTEMBER 2014 :

Telah berlangsung Ihtifal J-Qaf Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan yang diadakan di SK Haji Hussin Dol bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 2 petang.

Pelbagai pertandingan diadakan antaranya ialah Tilawah Al-Quran, Kalam Jamaie, Dikir Barat dan Hiwar.

Hakim yang dilantik mempunyai kelayakan khusus dalam bidang masing-masing. sebelum itu, Taklimat awal hakim dan pengurusan pertandingan telah diadakan pada 23 September 2014 di Bilik Mesyuarat SK Haji Hussin Dol pada jam 2.30 petang
Para Hakim pertandingan Ihtifal JQaf 2014

Ust Jamaluddin memberi Taklimat kepada para hakim

Pertandingan pada berjalan dengan lancar. Pertandingan Kalam Jamaie diadakan di kantin sekolah, dikir barat di dewan manakala tilawah dan hiwar diadakan di kelas yang telah disediakan. Keputusan pertandingan seperti berikut.


Pengacara Majlis

Peserta Dikir Barat

Hakim Pertandingan

Hakim Pertandingan

Dikir Barat

Tetamu Jemputan

Tetamu VIP dan Perasmi

IHTIFAL Jqaf PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA / YAN 2014

Sunday, September 14, 2014

MESYUARAT PENOLONG PPD j-QAF BERSAMA KETUA UNIT j-QAF JPN KEDAH

Mesyuarat Penolong PPD j-QAF setiap daerah bersama Ketua Unit Jqaf Sektor Pendidikan Islam , Ust Zulkifli yang diadakan di Bilik Mesyuarat SK Laguna Merbok.

PERISTIWA PENTING DI BULAN ZULKAEDAH

Bulan Zulkaedah adalah bulan Arab dan Islam yang mulia, salah satu bulan-bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab), dan  salah satu bulan haji (Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah). Pada bulan yang agung ini berlaku beberapa peristiwa menarik yang telah ditempuh oleh tentera Islam. Kami akan bicarakan beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan ini semoga ianya menjadi peringatan, pengajaran supaya umat kita mencapai kemajuan, kemuliaan dan ketuanan seperti sebelumnya.   

Perjanjian Hudaibiyah
Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah. Rasulullah telah keluar dari Madinah bersama hampir 1400 orang sahabat dengan tujuan ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Tatkala musyrikin Mekah mengetahui berita ini mereka telah mengumpulkan pasukan yang berbeza keturunan bangsanya dan keluar dari Mekah untuk menyekat Rasulullah dan sahabat daripada mengerjakan umrah pada tahun tersebut. Lalu Rasulullah telah kembali ke Madinah setelah termetri satu perjanjian (sulh) yang membenarkan baginda datang pada tahun depan. Baginda tidak menetap lebih tiga hari di sini. Melalui Hubaibiyah musyrikin dan Rasulullah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama sepuluh tahun. Melalui perjanjian ini juga disyaratkan Rasulullah menghantar pulang orang kafir yang ingin memeluk Islam, sebaliknya musyrikin tidak perlu menghantar pulang orang-orang Islam yang menjadi kafir.   
Biarpun perjanjian Nampak berpihak kepada musyrikin namun Rasulullah menerima semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh musyrikin.
Sebelum Hudaibiyah berlaku Baitur-Ridhwan setelah tersebar berita Uthman bin Affan telah dibunuh, iaitu janji setia muslimin untuk bersama Rasulullah membela kematian Uthman. Rasulullah telah menghantar Uthman kepada pihak Quraish untuk memberitahu tujuan kedatangan nabi dan muslimin bukan mahu membunuh sesiapa tetapi sekadar mengerjakan umrah sahaja. Allah telah memuji orang-orang mukmin dan menurunkan ayat tentang mereka:
“Sesungguhnya Allah Telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”.(Al-Fath: 18)
Umrah al-Qada’
Pada tahun ke 7 Hijrah, Rasulullah saw telah keluar daripada Madinah bersama 2000 muslimin untuk mengerjakan umrah. Baginda berjalan sehingga tiba di Mekah dan terus mengerjakan umrah, melakukan Tawaf di Baitullah dan bertahallul. Setelah selesai bertahallul baginda telah berkahwin dengan Maimunah bt al-Harith al-Hilaliyah r.a.
Hujjatul Wada’
Rasulullah mula keluar meninggalkan Madinah untuk menunaikan Hujjatul Wada’ (haji terakhir) pada penghujung bulan Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah. Rombongan ini disertai ramai muslimin. Rasulullah menunaikan solat dua rakaat di Zulhalifah. Semasa tiba di Wadi al-Aqiq turun ayat al-Quran yang memerintah baginda supaya berkata kepada muslimin: “Ini ialah haji dan umrah sekali”.  Bermaksud Allah menyuruhnya mengerjakan haji dan umrah sekali. Apabila tiba waktu pagi menyampaikan berita ini kepada rombongan muslimin.
Peperangan al-Firadh
Ia berlaku pada Zulkaedah tahun 12H. Pada peperangan ini berlaku pakatan jahat antara musyrikin Arab, Rom Kristian dan Parsi Majusi menentang tentera muslimin. Tentera muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid telah menang ke atas pakatan jahat ini. Firadh ialah suatu tempat  di sempadan Sham, Iraq dan Jazirah di sebelah tenggara.  Jumlah tentera pakatan Rom, Parsi dan Arab yang telah terkorban pada masa itu ialah seramai 100,000 orang dengan kesepakatan ahli sejarah. Menurut Yaqut al-Hamwi di dalam Mu’jam Buldan: Pasukan Rom, Arab dan Parsi telah bergabung dalam satu pakatan. Lalu berlaku satu pertempuran besar dan dahsyat di sana. Tentera musuh yang terbunuh seramai 100,000 orang!!


Pembukaan Bisan
Kota Bisan terletak di bahagian utara Palestin iaitu di sebelah tenggara. Pada Zulkaedah tahun 13H bersamaan 634M kota Bisan Berjaya dibuka oleh tentera muslimin yang dipimpin oleh panglima Syarhabil binHasanah dan Amru bin al-‘As

Thursday, September 11, 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN BERSAMA TUAN PPD KMY

Alhamdulillah majlis bacaan Yaasin pada petang ini berjalan dengan jayanya. Kehadiran para pegawai amatlah menggalakkan. Khalifah bacaan Yaasin diketuai oleh Tuan Hj Azizan Bin Ibrahim, Penolong PPD Pendidikan Islam. Jamuan pada petang ini disediakan oleh Tuan PPD iaitu Tuan Haji Badrunsham B. Dahalan@Omar.





Wednesday, September 10, 2014

MAJLIS BACAAN YAASIN PEGAWAI DAN STAF PPD KMY



Majlis Bacaan Yaasin untuk Pegawai dan Staf PPD Kuala Muda / Yan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                                 TARIKH    : 11 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS)
                                 MASA        : 3.30 PETANG
                                 TEMPAT    : KAFETARIA PPD KMY (BARU)

Tuan / Puan Pegawai PPD, Timbalan PPD, Penolong-penolong PPD, Penyelia-penyelia PPD, Staf Pelaksana dan semua warga PPD KMY dijemput hadir. Jamuan disediakan. 

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE UPSR 2014

KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN 
PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian 
Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas 
Peperiksaan Science 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis 
Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian 
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan 
berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 hingga 9.30 pagi 
telah didapati bocor. 
Berdasarkan siasatan awal pihak LP, kandungan soalan bagi kertas 
peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial. Lembaga 
Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk 
menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan 
undang-undang.
Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa 
kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang 
dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DITANGGUHKAN. Tarikh 
baharu bagi peperiksaan Science 018, 028, 038 adalah pada 30 
September 2014. 

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
10 September 2014

PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH-SEKOLAH KPM 6 BULAN KEDUA


Tuesday, September 9, 2014

LAWATAN KE KAFA AL-ABRAR TAMAN KELADI

9 September 2014

Lawatan ke Kafa Al-Abrar Taman Keladi dihadiri oleh Ust Hj Abdullah dari SPI Kedah, Ust Hj Azizan Bin Ibrahim, Pen. PPD (Pendidikan Islam) KMY dan Ust Noorismail Hj Omar, Penyelia Pendidikan Islam.

Kehadiran pegawai SPI dan UPI adalah lawatan ke sekolah Kafa berkenaan. kehadiran disambut oleh semua guru kafa dna timbalan pengerusi Tuan Hj Zulkifli.

Lawatan ini juga dapat mengetahui masalah yang dihadapi guru kafa di Taman ini.

Bergambar bersama Guru Kafa Al-Abrar Taman Keladi